Wednesday, December 29, 2010

Mak dan aku ; sedih mode

this post is originally from my mom, tatkala abah aku pergi mencari rezeki nun jauh diperantauan. aku sedih baca ayat mak aku, wat aku terasa aku kene ambil alih tanggungjawap sebagai ketua keluarga buat sementara

:(

Pergilah sayang.

by Radhiah Hajis on Wednesday, December 29, 2010 at 10:26am


Bermula hari ini,kita akan hidup berjauhan.Bila awak memilih untuk menolak tawaran kerja ditanahair,saya sudah meneka bahawa awak pergi jauh dari saya,dari anak anak,ibu tercinta,sanak saudara dan sahabat handai.

Saya tidak menulis nota setiap hari seperti perpisahan kita yg lalu.Saya bimbang,awak akan menitiskan airmata kerana saya menulis hasil nukilan hati saya.Dulu,saya tidak pasti bahawa saya mampu memikul tugas sebagai IBU TINGGAL kepada 10 orang anak kita.Saya selalu bermohon kepada Allah supaya diberi kekuatan dan kesabaran tatkala awak berada jauh diperantauan.

Saya faham,anak anak juga faham.Awak pergi untuk mencari rezeki yang halal.Tambahan pula peluang kerja datang menggolek tanpa bersusah payah untuk memohon seperti orang lain.Saya berdoa agar awak cekal menjalankan tugas kerana sudah pasti suasana kerja disana amat berlainan.

Saya,manusia biasa yang akan menangis bila sunyi dan rindukan awak.Tapi tak mengapalah....nanti saya tidur bertemankan baju busuk awak tu.Insyaallah,saya akan berzikir hingga terlelap.Saya rasa sedih sebab selepas ini,saya tak dapat lagi nak sediakan makan,minum dan pakaian awak.Pahala saya akan kurang banyak kerana awak tiada disisi saya.

Esok,saya akan kesekolah untuk daftarkan anak kita.Saya akan sentiasa sibuk menguruskan anak anak dan rumahtangga.Saya juga akan mencari masa untuk menyiapkan jahitan.Saya memang letih kesana kemari semasa ketiadaan awak.Bila dah penat...tentu masa akan cepat berlalu.

Bang,

Awak menghadapi musim sejuk ditempat baru nanti.Awak pakailah selimut tebal yang saya jahit semalam.Kalau rasa sejuk, awak sapulah balm panas yang saya bekalkan tu.

Akhirul kalam,izinkan saya keluar rumah untuk menguruskan anak anak dan rumahtangga.Saya redha dan ikhlaskan,kerana Allah jua yang maha mengetahui apa yang terbaik kita.


p:s = mak aku bukan post kat blog, post kat fb sahaja Best Blogger Tips

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...