Thursday, December 23, 2010

Abon ; Prologue

kroh kroh kroh

"acik, bangun acik. dah tengahari buta dah ni. keje membuta je. haish ape nak jadi dengan anak aku ni"

mak tarik selimut aku. terasa seribu kemalasan untuk bangun dari tidur .

"mak, acik nak jadi pilot"

"pilot kepalahotak kau. jadi penoreh getah pon kau rugi tau tak, bangun tengahari buta. dah bangun, ada surat untuk kau ni"


"surat mende mak, acik mane ade utang bank"


"mane le mak tau, mak mane sekolah, mane tau bace...."

aku pun ambil surat tu, yang berlogo petronas. aku buka dengan berhati hati, dan aku perlahan lahan membaca isi kandungan surat tersebut. surat dimana bakal mengubah kehidupan aku selama lamanya

"yabeda bedu!!!!!! mak, acik dapat utp!!!!"


"eh eh anak aku ni, sawan ke ape? utp tu ape? unibersiti yer?"


"ha aaahh la mak. utp ni universiti teknologi petronas. kire universiti best la senang cite. acik dapat biasiswa!!!"


"yeke? Alhamdulillah, senang hati mak, baguslah dapat biasiswa. (sambil teresak esak menangis melihat kejayaan acik"


"mak, acik nak mandi, nak pegi jumpa man"


"hah, yelah pegilah mandi, mak pun tak larat nak bau ketiak kau. busuk."

aku pun mandi, secepat mungkin, sebab aku terlalu excited. sampai aku lupa nak pakai sabun. siap mandi, aku mengenakan pakaian aku dan terus mencapai handphone nokia 3310 hijau.


man, jum lepak jum.

send message

tit tit, tit tit

jum, tunggu kat gerai pak wan telo

reply

ok bereh. 5 minit aku sampai

send message

aku pun ambil motor ex5 mad2403, hidupkan enjin dan terus berlalu pergi ke gerai pak wan telo. gerai tu takdalah jauh sangat, cume aku malas nak menapak. sesampai aku digerai pak wan telo, aku letakkan motor aku bawah pokok manggis, dan aku mencari cari kelibat man

manelah man ni, babi betul suruh aku cepat sampai. die haram batang idung tak nampak lagi. getus aku sendirian.

"pak wan, teh o ais satu pak wan! dgn suria sebatang!"


"okey"

aku pon menghidupkan suria, oohhhhh sungguh heaven rasanya hisap rokok kretek nih. elok dalam dua pam aku tarik, man menunjukkan kelibatnya.

"sorilah weh, aku berak tadi, ha apehal"


"weh, aku ade berita baik ni. aku dapat utp dol"


"perghhhh, gile ah, bile mendaftar der?"


"bulan 7 ni"

aku dengan man pun berborak sakan, berangankan tentang perkara perkara yang bakal berlaku semasa melangkah ke alam universiti nanti. terasa masa sungguh cepat berlalu, pejam celik pejam celik, aku dengan man dah nak masuk universiti. man dapat uitm seri iskandar, perak. jadi, takde masalah untuk aku selalu lepak dengan dia, sebab universiti kami berjiran.

dalam sedar tak sedar, hari semakin petang. asyik sungguh berborak sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas. aku dengan man, masing masing nak berangkat pulang. aku bawak man, sebab man datang jalan kaki tadi

aku membonceng man, perlahan lahan aku masuk kejalan besar. rasanya 20km/j je. sebab aku ni gayat skit bawak moto kalau ada orang ni.

pinnnnnnnnnnnnnn

sebuah kereta merempuh kami. aku tercampak kedepan, masuk kedalam longkang. motor ex5 mad2403 aku habis ranap.dalam kesakitan yang amat sangat, aku melihat lihat luka aku.kaki kiri aku luka parah,nampak tulang.  aku terus melihat kereta yang melanggar kami, honda civic eg9, terus memecut lari. aku menjerit meminta tolong

"tolong oiiiii, sakit!!!!"

aku teringat kepada man. aku mencari cari man dimana, dan orang ramai mula berkerumun. aku ternampak man dibalik tiang elektrik nombor berapa aku taktau. kelihatan tubuh man terkujur kaku, sambil darah memenuhi bajunya

perlahan lahan aku mendapatkan man. man tak sedarkan diri, puas aku menggoncangkan tubuhnya kiri kekanan, masih tiada respon. salah seorang orang awam yang ada kat situ, membantu man dengan memapah badan man ke tempat yang lebih baik pengudaraan

tenoootenoootennooooo

bunyi ambulans datang

pandangan aku semakin kabur

dan semuanya menjadi gelap

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

aku membuta mata, kelihatan emak menangis teresak esak, abah mundar mandir ke kiri ke kanan, ade angah dengan along sekali menenangkan mak

"maaakkkk, man mane?"


"man dah takde nak....man dah pergi...."

dunia aku jadi gelap. seolah olah aku seorang buta yang tak nampak apa apa. pemergian satu satunya kawan baik aku buat aku jadi kehilangan diri aku sendiri. aku menangis, perlahan lahan air mata aku mengalir

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hari pendaftaran

utp kelihatan penuh dengan muka muka baru. ada yang nerd, ada yang stylo, ada yang cun, ada yang muke macam tongkang. penuh dengan macam ragam, macam gaya

tiba tiba aku ternampak kelibat man

aku berkerut dahi

tak salah lagi. itu man. muka sebijik. aku memberanikan diri aku menegur mamat tersebut

"man? kau hidup lagi?"


"errrrrr? aku ke? aku badrol la. bukan man"


aku terus memeluk man. man!!! kau idup lagi man, aku rindu gila kat kau! aku ingat kau dah takda dah!


"woi, ko ni gila ke ape? aku badrol lah! apesal peluk aku, babi lepas ah"

bermula lah episod suka duka aku dengan man(badrol)

walaupon man telah pergi, Allah kurniakan seseorang sebagai pengganti

seseorang yang aku panggil sebagai kawan, dunia dan akhirat Best Blogger Tips

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...