mungkin punya alasan tersendiri
mungkin punya hasil yang dicari
mungkin juga bodoh, bodoh yang tak dapat diajar lagi
bebelan aku dipagi hari tiada makna, tiada tujuan, dan tiada isi kandungan, hanya sekadar menghabiskan masa masa ulat blog(definisi aku sendiri bagi mereka yang seperti ulat buku, tapi hampas buku diganti dengan blog) dengan membaca perkara perkara yang tidak bermakna
tahukah anda sekalian, anda baru sahaja membaca satu entri yang bila dibaca balik, menyoal kewibawaan anda untuk menilai antara logik, tak masuk akal, dan kelaku yang membuang masa
ini adalah kerana, entri ini adalah salah satu entri yang telah dilabelkan sebagai sampah, dan anda masih membacanya
anda sedang membaca sampah
anda sedang bergelut dengan fikiran, bahawa anda akan menyesal kerana menghabiskan masa yang amat berharga hanya untuk sesuatu yang sampah, dan anda masih lagi membaca sampah ini walaupun anda tahu, ini adalah sampah
tidakkah anda terfikir, bahasawanya apabila seseorang itu membaca sampah, minda si pembaca akan dipenuhi dengan sarap?
dan jika anda terfikir, mengapa anda masih lagi membaca sampah sarapan ini
ini tidak akan berakhir, kerana sampah adalah perkara yang orang suka.
AF dan rancangan realiti menyanyi = sampah
Penagih Dadah = sampah masyarakat
ya, saya tahu AF dan penagih dadah adalah perkara yang berbeza, tapi AF adalah satu sensasi yang sama dengan Penagih Dadah. mengapa?
AF menghasilkan makhluk makhluk yang langsung tiada sumbangan kepada masyarakat
penagih dadah juga melakukan perkara yang sama, tiada sumbangan
AF menghabiskan duit
penagih dadah juga sama
AF menyebabkan keruntuhan sosial, penonton terkinja kinja menjerit melihat penyanyi kesayangan masing masing
kelaku penagih dadah juga seperti 2 kali dengan lima. Tatkala penagih dadah dalam keadaan high, mereka akan terlentok sambil menyanyi lagu bob marley
i wanna smoke a de ganja untill i go blind
masih lagi orang menyukai AF, atau seangkatannya
rentetan itu, anda baru sahaja membaca sesuatu yang langsung tiada kaitan, isi kandungan lari dari topik asal
anda salah, entri ini tiada isi kandungan atau topik, aku sudah beritahu di awal rancangan bahawa entri ini adalah sampah
dan anda masih lagi membacanya
dan fikirlah apa akan jadi apabila dunia ini penuh dengan sampah seperti entri ini
dan anda baru sahaja berfikir tentang sampah
2 comments:
anas...u are rock!yu suke bace:)walaupon sampah.haha
terima kasih cik yuyu kerana selesai membaca riwayat seorang sampah
Post a Comment