Friday, September 30, 2011

Open Source dan anda : Ubuntu aku

aku hibernasi.

itu menjelaskan kenapa aku langsung takde posting untuk beberapa bulan, sampai aku sendiri dah lupa, storyline untuk man. nasib baiklah aku ada simpan draft, tapi aku masih dalam mood untuk menyambung man.

alah kalau sambung pun, bukannya korang baca pun. zzz

okeh hari ni aku nak post something about laptop aku

untuk pengetahuan korang(sape korang tu), aku dah tak guna windows dekat dua tahun dah. aku gune linux sebagai operating system utama aku.

linux yang aku gunakan adalah ubuntu. dibawah adalah cumshot desktop aku


hye there my linux!!!

dibawah adalah nautilus untuk home aku aka my computer



setup untuk ubuntu aku adelah seperti berikut

window decorator = gtk
theme = wow
iconset = awoken customscript
wallpaper = showtime dari balanzan punya ppa
dock = avant windows navigator
launcher = gnome pie

susah ke nak guna linux ni?

well it depends. okey let me ask u guys one question, pertama kali korang guna komputer, maksud aku pegang mouse, on button, susah tak? susah kan? tapi lama kelamaan bende tu jadi biasa. sama gak dengan linux, benda baru memang susah, tapi lama kelamaan yang susah tak jadi susah dah

tambah lagi, linux dah capai satu tahap dimana mak aku, adik aku yang tak amek literasi komputer pun boleh guna.

so sangat friendly user

apa kelebihan guna linux dol?

kelebihan...hurm banyak, satu, software dia banyak free. ye, free. open source adalah syurga bagi sang jejaka kedekut seperti aku. tapi apa beza korang gune windows, free gak, cari je la yang cracked punya kan

aha, even software dalam linux adelah free, there is no such thing as original or pirate. semua software ada license dia, iaitu GPL, dimana dalam license tu ada kata suka hati aku nak buat apa dengan software nih. so technically, every linux software is original!

pehhh, lagi ape kelebihan dia?

em, brontok ke, jambanmu ke, shorcut virus bla bla takkan ada dalam linux. 

a = pendrive aku ade virus wehhh, 

b =cucuk kat laptop aku

a =takpe ke? ade virus ni, nanti jahanam laptop kau terbakar nanti, rosak mampus aku

b =cucuk je la sengal!!!

dalam linux, environment dia adalah tak sama dengan windows, jadi semua virus tak dapat running. even ada virus dalam pendrive tu pun, benda yang perlu dibuat adalah klik kat virus dan tekan delete.

jadi tak perlu antivirus. so takya beli kaspersky!

kalau nak dikatakan pasal linux ni, bersepah lagi kebaikan dia, tapi aku malas nak cerita panjang panjang. aku nak masuk ke bab seterusnya, mengenai software software yang ada

anda tak perlu takut kalau nak menggunakan linux kerana setiap software dalam windows, ada pengganti dalam linux. ni contoh contoh yang aku bagi

video editor = openshot, cinelerra
graphic editor = gimp
desktop publishing = scribus
vector software (illustrator) = skencil, inkscape
movie player = vlc, mplayer, 
sound player = banshee, rhythmbox, beatbox
email client = postler, thunderbird
ym/gtalk = pidgin/emphaty
skype = skype

pendek kata, setiap benda yang windows boleh buat, linux boleh buat, dan kadang kadang lagi bagus dari windows.

dah la, aku nampak macam geek pulak post natang ni


Best Blogger Tips

5 comments:

biborn said...

hahaha..geek nyer abe anaz nie...nice post...

Anas Saufi said...

haha, nice post ini?

sampah post ade la

Hashim said...

cantik setup...leh kongsikan dengan MelayUbuntu??emel ke hashimwinger11@gmail.com

Hashim said...

aku tau Default Project.osp tu untuk openshot video editor kan?kan?maknanya minat bidang multimedia nih...

Anas Saufi said...

@shimgeek.

ni setup lama dah ni, haha, baru punya banyak dah tukar dah. takpe, nanti ada masa saya bagi info yer. :)

ha ah,openshot punye project. mostly bukan sebab minat, tapi kerja. haha, kalau minat, rasanya nama dia bukan defaultproject.osp la kot. nama dia montage1.osp. :p.

sebenarnya, bab multimedia, kat linux agak terhad la. nak guna cinelerra kene genius, openshot pon boleh la jugak tapi tak support stacked layer. kadang kadang crash, so guna je la apa yang ada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...